Tentang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Edvanser.

Saya Shahrul Fhaizal Shabu, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PhD of Education in Educational Administration).

Edvanser merupakan himpunan artikel dan penulisan saya tentang jenama, penjenamaan, dan apa sahaja yang berkaitan dengan bidang ini. Azam saya ialah untuk memperbanyakkan rujukan tentang bidang ini dalam Bahasa Melayu.

Semoga kita dapat sama-sama mendalami dan menyebarkan ilmu jenama dan penjenamaan, serta membangunkan jenama kita dengan strategi yang betul dan nilai yang tinggi.

Diharapkan juga agar usaha yang kerdil serta serba kekurangan ini akan membuahkan manfaat yang melimpah-ruah serta berpanjangan dengan izinNya.

(Jurufoto/Paparazzi: Anakandaku)