Perkataan Bahasa Inggeris bagi jenama ialah ‘brand.’
Brand serta kata kerjanya branding (penjenamaan) memang dipakai secara meluas oleh masyarakat kita, walaupun mungkin, setakat ini, DBP belum mengiktirafnya.
Perkataan brand dikatakan berasal dari bahasa Anglo-Saxon yang membawa maksud api.
Lama-lama perkataan ini juga merujuk kepada kayu atau apa-apa sahaja yang dinyalakan dengan api.
Sebagai kata kerja, brand pula bermaksud menandakan sesuatu dengan cara membakar.
Pada kurun ke-17 di England, orang yang dijatuhkan hukum akan di-“brand” wajah mereka. dengan huruf tertentu yang mewakili kesalahan yang telah disabitkan.
William Prynne (1600–1669) merupakan seorang peguam, penulis, dan penentang gereja pimpinan Archbishop of Canterbury. Beliau pernah ditangkap dan pipi beliau ditanda (brand) dengan huruf S. L., yang bererti ‘seditious libeller’ (pemfitnah yang menghasut).
Yang menarik, Willian Prynne pada menulis kemudiannya bahawa S. L. yang tertera pada pipinya itu bermaksud “stigmata laudis” atau tanda kepujian.
[…] Dalam erti kata lain, ‘branded’ membawa maksud yang negatif, kerana ia sesuatu yang dikenakan ke atas seseorang oleh pihak lain, seperti yang terjadi kepada William Prynne. […]