Ia terbentuk daripada beberapa komponen yang memberikannya ‘rupa’ dan ‘rasa’ yang tersendiri.
Matthew Healey, penulis ‘What is Branding?'[1]Healey, M. (2008). What is Branding? Page One Publishing Pte Ltd., membahagikan penjenamaan kepada 5 komponen utama iaitu:
‘Personal branding’ atau penjenamaan peribadi adalah satu konsep yang kini banyak diperkatakan.
Dengan kerancakan penggunaan media sosial dan kemunculan ramai pengguna yang menonjolkan diri sebagai influenser, personal branding menjadi salah satu cara untuk menarik dan mengekalkan perhatian.
Personal branding memudahkan para influenser seperti tokoh dan selebriti untuk membentuk komuniti yang meminati kerjaya, karya, atau personaliti mereka.
Ini menjadikan personal branding satu salah kemahiran yang penting untuk kekal relevan dalam dunia maya dengan amat berubah. Untuk tujuan ini, individu sanggup menjenama, yakni meletakkan ‘brand’ atau tanda, ke atas diri mereka.
Ini berbeza dengan konsep ‘branding’ seperti mana yang pernah difahami sebelum ini.
Pada tahun 1965, NBC, sebuah saluran TV di Amerika Syarikat, pernah menyiarkan sebuah siri bertajuk ‘Branded.’
Lagu tema pembukaan siri Branded
Siri yang dibintangi oleh pelakon dan bekas atlet bola keranjang, Chuck Connors, berkisar tentang seorang kapten pasukan tentera berkuda yang telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan lari dari pertempuran.
Nama siri ini, ‘Branded’, merujuk kepada watak utamanya, Jason McCord, yang mengembara merentasi The Wild West sambil dikenali (‘branded’) sebagai seorang pengecut.
Brand, pada zaman sebelum ini, lebih sinonim dengan tanda, cop, stigma, kesan, atau bekas diselar.
Dalam erti kata lain, ‘branded’ membawa maksud yang negatif, kerana ia sesuatu yang dikenakan ke atas seseorang oleh pihak lain, seperti yang terjadi kepada William Prynne.
Berlainan dengan personal branding, iaitu sesuatu yang boleh dibentuk dan dilakukan atas kemahuan sendiri. Personal branding juga bukan sesuatu yang negatif, walaupun ini juga bergantung kepada siapa kita tanya.
Namun persamaan di antara personal branding dan branded ialah kedua-duanya mencerminkan reputasi, iaitu salah satu fungsi penting bagi sesebuah jenama.
(Fakta menarik: siri TV Branded telah ditaja oleh sebuah jenama besar iaitu Proctor & Gamble, kini dikenali dengan nama P&G)
Perkataan Bahasa Inggeris bagi jenama ialah ‘brand.’
Brand serta kata kerjanya branding (penjenamaan) memang dipakai secara meluas oleh masyarakat kita, walaupun mungkin, setakat ini, DBP belum mengiktirafnya.
Perkataan brand dikatakan berasal dari bahasa Anglo-Saxon yang membawa maksud api.
Lama-lama perkataan ini juga merujuk kepada kayu atau apa-apa sahaja yang dinyalakan dengan api.
Sebagai kata kerja, brand pula bermaksud menandakan sesuatu dengan cara membakar.
Pada kurun ke-17 di England, orang yang dijatuhkan hukum akan di-“brand” wajah mereka. dengan huruf tertentu yang mewakili kesalahan yang telah disabitkan.
William Prynne (1600–1669) merupakan seorang peguam, penulis, dan penentang gereja pimpinan Archbishop of Canterbury. Beliau pernah ditangkap dan pipi beliau ditanda (brand) dengan huruf S. L., yang bererti ‘seditious libeller’ (pemfitnah yang menghasut).
Yang menarik, Willian Prynne pada menulis kemudiannya bahawa S. L. yang tertera pada pipinya itu bermaksud “stigmata laudis” atau tanda kepujian.
Pada zaman 1960an, American Marketing Association telah mencadangkan takrifan bagi “jenama” seperti berikut:
Sesuatu nama, istilah, tanda, simbol, or rekaan, atau gabungan kesemuanya yang bertujuan untuk memberi identiti kepada barangan atau perkhidmatan oleh seorang penjual atau sekumpulan penjual and untuk membezakan mereka daripada pesaing-pesaing.
American Marketing Association (AMA)
Takrifan ini sudah cukup untuk permulaan kita dalam mempelajari tentang jenama dan strategi pejenamaan.
Walaubagaimanapun, pada zaman sekarang, takrifan ini mungkin tidak dapat merangkumi pelbagai perspektif dan pendekatan berkenaan jenama.
Penjenamaan telah mengalami pelbagai perubahan. Satu takrif sahaja mungkin agak umum dan tak memadai.
Kita akan teroka pelbagai jenis pelbagai perspektif dan pendekatan berkenaan jenama dalam artikel-artikel akan datang.